Assalamualaikum w.b.t buat Dr. Norsofiah dan rakan-rakan sekalian 👄
Pada kuliah minggu lalu iaitu pada hari Selasa, saya telah membuat ulangkaji kerana Dr. memberitahu bahawa kuiz akan dilakukan pada hari tersebut. Kami membuat nota-nota ringkas bagi memudahkan pemahaman serta menghafalnya. Setelah itu, Dr. menyatakan bahawa kami perlu pergi ke Perpustakaan Hamzah Sendut. Saya berasa sedikit pelik kerana kuiz diadakan di situ kerana kebiasaannya ia dilakukan di dalam kelas. Namun, saya hanya menurut.
Lebih memeranjatkan lagi apabila Dr. memberitahu bahawa kuiz yang diadakan memerlukan kami untuk merujuk majalah Dewan Budaya. Ia merupakan suatu kuiz yang berlainan dan tak pernah saya fikirkan sebelum ini. Saya berasa gembira kerana ianya suatu yang unik dan ia boleh dilakukan bersama dengan rakan. Segala keresahan saya sebentar tadi hilang begitu sahaja dan kami menyiapkan kuiz tersebut dengan sebaiknya. Setelah selesai kami menghantar kuiz tersebut dan mengambil gambar bersama bagi menunjukkan bukti bahawa kami hadir ke kelas.
Saya memakai tudung berwarna merah jambu dan di sebelah saya adalah Dr. Norsofiah 💖
Pada hari Khamis pula, kami membuat ulangkaji di dalam kelas tentang pengenalpastian kelas kata dan juga ujian diagnostik kelas kata leksikal dan bukan leksikal. Di bawah kata nama terdapat sifat penentu, keserasian, bilangan, dan kepunyaan. Manakala, di bawah golongan kata kerja terdapat konsep waktu dan kosep suasana. Selain itu, Kata Kerja Tak Transitif juga mempunyai 1 argumen dan 2 argumen. Kata kerja dwitransitif pula memerlukan 3 argumen. Kata kerja frasa komplimentizer pula memerlukan ayat pancangan selepas kata kerja seperti "bahawa". Kata adjektif pula berasosiasi dengan kata penguat dan mempunyai darjah kesangatan, darjah kepalingan, dan darjah keagungan. Kata preposisi pula diatur bersama dengan kata nama dan kata adverba berfungsi sebagai adjung.
Setelah selesai membuat ulangkaji Dr. Sofia mahu membuat kuiz dengan menggunakan aplikasi Kahoot tetapi tidak berjaya kerana mempunyai masalah dengan sambungan internet. Oleh itu, kuiz disambung ke minggu hadapan. Saya merasakan bahawa kelas pada minggu ini amat menyeronokkan sekali.
Kuiz tidak dapat dijalankan kerana masalah internet.
Sekian, Terima Kasih 💕
0 ulasan:
Catat Ulasan